Pos hari yang sama untuk tempahan sebelum jam 1 PM
0
Your Cart

Soalan

Bagaimana Cara Minum Jus Ali Bajak?

Kebiasaan cara minum Jus Ali Bajak ini adalah 2 cawan kecil yang kami sediakan di ambil sekali pada waktu pagi dan sekali pada waktu petang atau malam. Untuk permulaan, bagi yang baru berjinak dengan jus herba hutan kami syorkan untuk ambil 1 cawan kecil pada waktu pagi dan 1 cawan kecil pada sebelah petang atau malam. Sebelum makan atau selepas makan tiada masalah.

Bagaimana rasa Jus Ali Bajak ini?

Jus ini rasanya pahit, rasa asli dari herba dan akar kayu. Bagi yang tidak tahan dengan kepahitan, boleh campurkan dengan air suam.

Bila waktu yang sesuai untuk minum / cara minum Jus Ali Bajak?

Kebiasaan bagi individu yang biasa mengamalkan akar kayu ambil 2 penutup pada waktu pagi dan 2 penutup pada waktu petang / malam.
Untuk permulaan, ambil 1 penutup waktu pagi dan 1 penutup pada sebelah petang / malam.
Sebelum makan atau selepas makan tiada masalah. Sebaiknya sebelum makan.

Jus ini pahit la, boleh saya campur dengan minuman lain?

Boleh dicampur dengan minuman seperti kopi, milo dan sebagainya. Minum dengan mencampurkan dengan segelas air suam adalah terbaik. Jika ingin minum begitu sahaja juga boleh.

Jus ini untuk lelaki sahaja atau perempuan juga boleh minum?

Jus ini boleh diminum oleh lelaki dan perempuan.

Siapa yang tidak disyorkan untuk minum?

Kami tidak syorkan untuk pengidap penyakit kronik. Orang yang mempunyai masalah jantung dan orang perempuan mengandung.
Untuk pengidap kencing manis, darah tinggi dan kolestrol boleh minum.

Berapa lama kesannya selepas mengamalkan Jus Ali Bajak?

Kesan Jus Ali Bajak berbeza pada setiap orang dan juga keadaan fizikal dan tahap kesihatan seseorang. Ada yang mendapat kesan sehari dua, ada juga yang sedikit lambat. Apa yang penting adalah terus untuk mengambil Jus Ali Bajak ini.

Jika anda mencari supplemen dengan kesan serta merta, jus ini tidak sesuai untuk anda.

Berdasarkan maklum balas pelanggan, jika anda pernah mengambil ubat kuat yang mengandungi bahan yang tidak diluluskan atau mengidap kencing manis juga membuatkan anda mendapat kesan lambat selepas mengambil jus ali bajak disebabkan proses pemulihan dari jus akar kayu ini.

Bagaimana cara menyimpan Jus Ali Bajak setelah dibuka?

Jus Ali Bajak boleh disimpan pada suhu bilik, jika ingin letakkan di dalam peti sejuk juga boleh.